Saturday 30 July 2022

 PERKHEMAHAN LENCANA KERIS GANGSA

Pada 30 hingga 31 Julai 2022 Ahli Pasukan Pengakap S K Jejawi telah menyertai Perkhemahan di SK Panggas.Perkhemahan selama 2 hari 1 malam telah memberi pengalaman baharu bagi mereka dalam membina keyakinan diri ,bakat serta kemahiran  berpengakap.Seramai 14 orang ahli pengakap telah menyertai  perkhemahan ini.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh GuruBesar SK Panggas..Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Azmi B. Abdullah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis ,Hamidon bin Ahmad Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perlis,Amran B. Ali Pesuruhjaya Pengakap Daerah Perlis Timur.Perkemahan mencapai objektif dan berjalan dengan baik dan lancar.

No comments:

Post a Comment